
Seketul batu yang berada di atas jalan raya. Adakah batu ini jatuh dari
langit ? Hanya mereka yang tak pernah lalu kat atas jalan raya sahaja
yang tak tahu jawapanya..
|
3
bulan sebelum gambar ini diambil aku dapat melihat dengan mata aku
sendiri kenderaan J.P.J diekori oleh dua buah Pajero T.O.N.T.O secara
rapat walupun JPJ tersebut membuat pusingan di kawasan perumahan aku
(maknanya kenderaan JPJ tersebut memang diekori secara rapat) Kalau
keadaan tersebut berkekalan maknanya ada sesuatu yang tidak lengkap
dalam undang undang kita yang sememanganya memilih bulu dalam
perlaksaannya.... (dalam sungguh makananya) |
Selepas
di campak ke dalam parit.
|

Apa
pula kaitan dua gambar di sebelah kiri nie.. Benda benda nie le yang
menghasilkan ketulan batu/tanah diatas jalan raya..(3 buah kereta
didalam gambar sebelah hanyalah pelakun tambahan dan tiada kaitan dalam
isu kali ini)
|
Apa
kaitan TONTO dalam hal ini... Media pernah melaporkan dimana Pegawai JPJ
diugut ketika menjalankan operasi keatas lori-lori tanah ini. Hari ini
operasi keatas lori tanah ini dah tak nampak dah kat kawasan aku, yang
aku nampak JPJ lebih suka tunggu kat Highway Bukit Raja menahan lori
lori biasa yang menggunakan Highway tersebut. Apakah pegawai JPJ
dirahkan menukar kawasan operasi atas arahan pihak terrtentu atau mereka
sudah takut dengan TONTO.. jawapanya aku sendiri pun tak paham |

Mereka
sedang mencipta rekod dunia dalam acara membawa muatan paling tinggi di
Malaysia..
|

Saujana
mata memandang dimana hasil yang dibawa di taburkan di sini
|
Apa
yang ingin aku ulasan di petak terakhir nie... mudah je kalau lori lori
tu tak merbahayakan orang lain tak pe lah. Tapi terdapat satu kemalangan
di hadapan perumahan TNB Kapar sebelum ini dimana mangsa mati ditempat
kejadian kerana terlibat kemalangan dengan lori tanah. Bezanya lori tu
tak kena bakar dan pemandunya sempat melarikan diri dari orang kampung,
kalau tidak biasanya hangus le macam yang dah terkena kat sebuah bas
Klang-Kuala Selangor
Tamat
|